IQNA

Masyarakat Islam Greece Diancam Oleh Neo-Nazi Dengan Pembunuhan Beramai-ramai

22:51 - May 21, 2013
Berita ID: 2537046
Kumpulan Antarabangsa: Neo-Nazi memberi amaran kepada masyarakat Islam Greece dengan pembunuhan beramai-ramai jika tidak meninggalkan negara ini sebelum 1 Julai.
Kumpulan Antarabangsa: Neo-Nazi memberi amaran kepada masyarakat Islam Greece dengan pembunuhan beramai-ramai jika tidak meninggalkan negara ini sebelum 1 Julai.


Dilaporkan dari laman web “enetenglish”, didalam nota yang dihantar Neo-nazi kepada laman web persatuan Islam Greece ditulis: “Pembunuh Muslim, Sehingga 30 Jun kamu tutup bordela kamu di Greece dan kamu akan pergi ke neraka. Dari 1 Julai dan seterusnya mereka yang masih di sini akan disembelih seperti ayam di jalan raya.”
Nota ini telah ditulis dalam tiga bahasa, Greece, English, dan Arab. Didalam nota ini terdapat lambang “Golden Dawn” yang mana lambing ini adalah kepunyaan parti fasis Neo-nazi di Greece.
Semasa penjimatan ekonomi baru-baru ini di Greece, parti pelampau neo-Nazi Yunani yang dikenali sebagai Golden Dawn, semakin mendapat populariti kerana permusuhan mereka dengan imigresen dan pendatang-pendatang asing.
Persatuan Islam Greeca menekan bahawa nota ini dutulis untuk masyarakat muslim negara ini dan bukan untuk para pendatang, dan ini tanda jelas kebencian keatas agama manusia.
Persatuan Islam Greece meminta supaya kerajaan memberikan pengajaran supaya semua masyarakat muslim yakin dengan keadilan yang dijalankan dan yakin bahawa mereka tidak akan menjadi korban ancaman ini.
Bilangan masyarakat Islam di Greece adalah 1.3 peratus dari 10 juta penduduk negara ini.
Gelombang anti Islam ini telah bermula semenjak kemelesetan ekonomi yang berlaku dinegara ini yang menyebabkan ramai yang kehilangan pekerjaan, dan bilangan fakir miskin juga semakin bertambah.
1230270
captcha